Saturday, December 11, 2010

selamat tinggal nyawa . . .

selamat tinggal nyawa
tinggalkan aku sendhirian disini
pergilah kau dengan dunia yang lebih kepada membenci
aku rela ditinggal daripada menuruti

selamat tinggal nyawa
banyak perkara yang telah aku lakukan
kini kau kujadikan peneman
penaman yang sering kujadikan umpan

selamat tinggal nyawa
tolonglah pergi jauh daripada aku
tak sanggup lagi aku ditunda dan dipandu
kejalan mana tiada arah menentu

lepaskan aku pergilah dahulu
izinkan aku sendirian bersama si kalbu
yang lebih mengerti manisan si madu
bukan hanya pandai merasa hujung pangkal tak tahu

2 comments:

  1. belum masenye lagi...Amal tak cukup lagi..

    ReplyDelete
  2. hehe tula tp xbole jangkekan :) huhu tqtq

    ReplyDelete