Monday, November 26, 2012

terimakasih chinta . . .

luahan pejam . . .

luahan pejam . . .
luahan yang aku baitkan di waktu malam
luahan tentang semua yang aku rasakan ianya mendalam
mendalam kerna aku sendiri yang rasa dan pendam
pendam sendiri yang munkin akan menghilang sendiri dalam diam

luahan pejam . . .
kedua kelopak dikatup erat sambil ku duduk mendiam
bantuan alunan-alunan sayup membuatkan aku seolah terbang daripada berdiam
kutarik nafas penuh asyik seolah khayal dek barangan haram
rupanya baru ku sedar betapa lalainya bila kita berangan sambil memejam

luahan pejam . . .
cuba kau pejam , kau cubalah
pejam dengan ikhlas sambil mendongak keatas
cuba kau fikir , kau fikirlah
apa yang tenang semuanya pemberian ikhlas dari yang teratas






Monday, November 19, 2012

bangsat . . .!!!

hoi bangsat...!!!
mengapa kau menyerang di saat muharram menjelang
bukankah itu antara bulan-bulan yang haram untuk saling berperang
mengapa kau membedil di saat semuanya berhati riang
bukankah itu perbuatan bacul dari seorang yang menganggap dirinya garang

hoi bangsat...!!!
subuh isya' mereka berhidangkan peluru-peluru buas
peluru yang menggantikan makanan makanan pengalas
kau bedilkan peluru seperti meludah kahak  dari atas
ludahan bongkak yang bisa membangkitkan kebencian yang mendidih panas

hoi bangsat...!!!
sudah sudahlah dengan segala yang dibedil
jangan kau lupa bahawa pencipta sentiasa ada untuk dathang dan mengadil
tunggulah balasan berganda yang akan membuat kau terseksa , perit dan menggigil
aku bermohon sangat dikabulkan doa agar diturunkan semula serangan berapi sang ababil