Thursday, January 20, 2011

kepadamu kekasih . . .

​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
ucapan ringkas dari seorang hamba
hamba yang hina pekerti dan hijabnya
walau dibasuh tetap ada kotoran hitam yang resap kedalam batilnya

aku mohon . . .

aku harap kau mengerti
tentang apa yang berlaku pada kasidahku ini
jangan diambil nyawaku janganlah lagi
kerna aku belum cukup bekalan untok ahiratnya nanti

Wednesday, January 19, 2011

soalan dan jawaban . . .

ada sesuatu yang inginku tanya
munkin jawapannya akan ku beri bersama
sekadar peringatan kepada semoa
tentang ajaran al ghazali kepada anak muridnya

soalan pertama mudah sahaja bunyinya
bertanya tentang perkara paling dekat dengan kita
bermacam jawapan diberi dengan beria-ria
jawapan sebenar adalah kematian sahaja paling dekat dengan kita
(setiap bernyawa pasti akan mati pada akhirnya)

yang keduanya mengenai perkara yang paling jauh dari kita
ada yang menjawab negeri china , bulan dan ada juga sebaliknya
semua itu betul dan masih diterima
tetapi jawapan yang sebenar adalah masa lalu setiap manosia
(masa lalu tidak pasti dapat diulang dan kerna itu kita harus menjaga
perlakuan harian kita supaya diberkati)

soalan ketiga pula berkaitan benda
yang ditanya apakah benda yang paling tajam di donia
semua jawapan memang tajam rasanya
tetapi semuanya tidak setajam lidah manosia
(lidah manosia boleh melukakan hati yang lainnya
sangat bahaya walaupun lembut sahaja kejadiannya)

ada banyak soalan yang al ghazali tanya
cukup sahaja diberi tiga sebagai pengajaran buat kita
berjagalah selagi ada keupayaan sebagai manosia
kelak rugi tidak diamal kurniaan yang esa

kata mereka . . .

kata adam , dia perlukan hawa
kata hawa , terimakasih atas pemberian tulangnya
kata iblis , dialah kepala kepada malaikat semoa
kata malaikat , dia hanya hamba yang menurut kata
kata manosia , dia yang empunya segala
kata donia , bodoh sungguh mereka

kata tuah , tak akan melayu hilang di donia
kata jebat , dia sanggup mati pertahankan saudaranya
kata mahathir , melayu mudah lupa
kata anwar , cukoplah aku telah banyak diseksa
kata hamka , aku ini manosia biasa sahaja
kata siti jenar , sifat tuhan ada bersamanya

sungguh banyak kata-kata yang mereka luah
setiap satu memberi makna yang berbeda
yang baik kita jadikan pelindung maruah
selebihnya letakkan di tepian sahaja