Sunday, August 26, 2012

suratan ilahi . . .

ramadhan ini amat pahit untuk dilalui
pahit kerna ayah sudah menjauh pergi
ingatkan seorang dia pergi membawa diri
rupanya ditarik seorang lagi nyawa didalam ahli

genap tujuh puluh hari ayah gembira memerhati
isnin yang sama makcik bersetuju menuruti lantas bersiap pergi
perginya dia dengan kerelaan hati
tapi tidak untuk aku yang masih lagi bersedih bersendirian disini

air mata tidak lokek untuk mengerti
bengkak mata masih boleh aku mengawalnya lagi
air mata sentiasa mengalir dengan sendiri
mengalir halus melalui roma-roma kawasan pipi 

raut wajahnya sentiasa aku ingat aku tak akan lupa
dari awal dia bernyawa sampailah terbujur dibaluti kain seluruh tubuhnya
rautnya tetap sama
tidak berubah sehingga dikatup oleh sambungan si papan-papan keranda

al-fatehah : hjh aishah@rahmah bte hj jaffar