Thursday, July 12, 2012

sebulan kita berjauhan . . .

malam ini tenang sekali kejadiannya
sama keadaan seperti malam-malam lainnya
malam ini genaplah sebulan pemergiannya
walau beribu tahun sekali pun akan tetap aku ingat sumpah aku takkan lupa

kini aku hanyalah seorang yatim yang bertemankan ibu
yatim kerana ayah sudah pergi berbahagia dahulu
walau pahit aku coba untuk senyum semampu
kerna aku tahu , aku punyai ibu yang dapat mengubat kesedihan dalamanku

berbahagialah ayah damailah disana
sempat-sempat jenguklah walau melintas di dalam mimpi sahaja
tak akan dilupa doa bahagia agar senatiasa dalam keadaan molek sejahtera
ketahuilah ayah bahawa anakmu ini masih dalam suasana sederhana serta hiba 

al-fatehah . . .