Tuesday, May 31, 2011

senyuman yang suram . . .

dahulunya senyuman itu acap kali dilemparkan
tika aku bersedih mahupun bahagia dathang dengan aman
kini apa yang dapat aku katakan
senyuman manis itu semakin hari semakin surut dan berkurangan

bukan kerna hasad bukan kerna jahat
yang sebenar hanya ujian yang  dathang cepat
buatkan kau sakit dan terlantar berbekalkan ubat
aku harap kau kuat untuk melawan sakit yang semakin sarat

aku masih melihat kau senyum didepanku
walaupun luaran tampak sarat
di dalam masih senyum sebagai pengubat
kuatkanlah batinmu untuk melindungi kesengsaraan si jasad

suramnya senyuman membuatkanku lemah seketika
bila dikenang air mata ini akan turut sama berenang
tak dapat ku tahan sebak yang menyusul mendatang
hanya doa sahja harapan terakhir untuk biarkan kau merasa tenang

Saturday, May 21, 2011

23

pejam celik terasa biasa
seperti kosong dalam ruangan dada
terlupa seketika aku masih bernyawa
teringat semula bila semoanya dathang menyeru dan menyapa

jangan ditanya mengapa 23
biar aku simpan dan jadikan ianya rahasia
jikalau mengerti diam sahja jangan berkata
biar 23 menjadi angka rahasia angka prasangka

terimakasih kepada semoa
sudi berkata walau aku tidak pinta
menjadi lumrah adat kita sesama manosia
aku terima dengan perasaan syukur , gumbira dan jua hiba

Thursday, May 19, 2011

kembali . . .

sudah lama aku tidak muntah
lama juga aku berjauhan dengan madah
rindu rasanya menuliskan kisah
kisah tentang semoa yang bermula dari tanah

janganlah di tanya kemana pergi dan menghilang
sukar untukku jelaskan segala yang mendathang
kini aku kembali bukan untuk dicanang
hanya kembali sebagai manosia yang bakal dikenang

terimakasih kerna sudi mengikuti
segala kekurangan maaf dipinta kanan dan kiri
akanku cuba untuk tidak melupakan ruangan madah ini
kerna ia adalah tempat untuk semoa melepaskan apa yang terbuku didalam hati
 

Tuesday, May 3, 2011

dialah segalanya . . . (percubaan cipta lirik AF)

jiwaku mula bernyawa
bila hadir prasaan cinta
yang ku sendiri tak menyangka
adakah ini asmara

kau muncul tak ku menduga
datangnya tanpa ku sangka
munkin ini takdir kita
untuk bersama berdua

corus :

oh .. ku ingin bersamamu selamanya
ku pinta janganlah kau mengambil dirinya
kupinta dambarkan kasihku kepadanya
oh kerna dialah sgalanya...

oh .. trimalah ku dengan seadanya
kerana cintaku bukan cinta biasa
kerana kaulah yang pertama dan akhirnya
oh hingga keakhirnya ...

hidupku makin berasa
saat hadirnya sang dia
terangi gelap jiwa ini
yang dahulunya mati

kasih yang datang bersama
cinta yang mekar bernyawa
ku harapkan ia kekal
hingga keakhir masa