Monday, December 5, 2011

ombak rindu ( IZZAH )

tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terimaku dengan seadanya
itulah bait-bait doa yang sering aku adukan pada penchipta
dengan harapan agar dikabulkan serta merta

bermula dengan percaya aku hilang mahkota si dara
dengan niat untuk membantu si tua , aku kehilangan segala
yang tinggal hanyalah linangan air mata
yang sentiasa menyalur saatku kesedihan jua berduka

hariz nama yang aku dengar keluar dari mulutnya
lelaki pertama yang menjamah juga menerima
menyelamatkanku dalam kancah gulana
aku bersyukur walau dia membeliku menggunakan harga

rupanya niat si dia hanya untuk memperguna
kejadianku padanya hanyalah untuk menjadi pemuas nafsu semata
tetapi penchipta tidak membenarkannya
aku terselamat untuk percubaan keduanya

doa-doa dikabul persetujuan keluar tersembul
aku sudahpun diterima dan selamat di ijabkabul
hanya jam menjadi tanda juga hantaran yang tidak tersedia tidak terkumpul
aku tetap bersyukur walaupun aku hanyalah ibarat isteri yang ditakdirkan  untuk mandul

berbagai dugaan datang dan pergi
namun aku tetap gagahkan hati
ingatku sentiasa pada pesanan yang sering diberi
makin banyak dugaan makin disayang kita pada ilahi

air mata adalah peneman setia
yang tidak pernak kontang ketika aku perlukan sentiasa
menjadi penyumbang tatkala aku bermuram duka
juga menjadi pengubat dikala aku merindukan si dia

hampir berakhir perhubungan yang dibina
semua kerna perbuatan busuk mereka-mereka
hampir pasrah aku untuk menerima
akhirnya bersama selamanya hingga keakhirnya

syukur aku dengan segala yang tercerita
syukur juga penyudahnya lebih kepada gembira
kini airmata tiada lagi , dan harapku biarlah tiada
kerna aku sudah penat untuk mengeluarkannya

terimakasih penchipta kerna mendengar rayuanku
terimakasih pada si dia yang menjadi pelindung diriku

ombak rindu ( MILA )

aku ibarat kertas yang tidak di usik hujung pangkalnya
hanya terbiar putih tanpa di titis dakwat chintanya
biarpun kosong , tetapku lakar penceritaan chintaku bersamanya
mohonku untuk jadi walaupun tahu derita memanti sudah ada semestinya

kita ini jarang bersua
walaupun begitu aku yakin kau setia
tapi sayang penantianku agak sia-sia
kerna baru ku tahu kau lebih chintakan si dia

silapku juga terikut-ikutkan nasihat chinta
silapku juga memaksa kau untuk turut terlibat serta
silapku juga mengambil keputusan untuk bernikah dan bersama
tapi ku pasrah melepaskanmu dengan rasa marah di dalam dada

biarku bersendirian , biarkan
jangan di kesal atas setiap perlakuan dan perbuatan
ada rezeki adalah lagi suatu pertemuan
pertemuan sekadar rakan bukannya sebagai peneman

ombak rindu ( HARIZ )

sebelum kita bertemu ghelap sentiasa kehidupanku
sering bersama mereka yang inginkan kepuasan
tidak pernah puas malah lagi ketagih kalahkan si syaitan
tapi itu semua dahulu , dahulu yang sangat rosak dan amat menyesatkan

selepas bertemu kau aku jamah dengan amarah
jamah bagaikan makanan segar yang terhidang pasrah
tidak ku sadar yang kau hanyalah mangsa si tua yang lupakan ugama
silap aku juga kerna waktu itu nafsu sudah membatasi kepala


munkin kerna doa , kau aku bawa bersama
biarpun pada mulanya niatku hanya mahu memuaskan sahaja
kali ini tuhan pelihara dan kau selamat pada percubaan kedua
akhirnya kita bernikah dan kau sah untuk aku lakukan segala


makin lama makin erat perhubungan kita
walau dilanda perkara kau masih setia dan ada
hanya aku sahja buta walaupun sudah bermata
maaf kerna itu kau sering terluka dan  sering berairmata


setelah bermacam yang dathang mencuba
akhirnya kita bertaut  dan bermesra
ingatlah yang aku akan ada sentiasa
ingat juga kata-kata yang akanku luahkan ditelinga
kau bukan yang pertama tapi pasti yang terakhirnya