Sunday, September 9, 2012

nikah kahwin . . .

semua yang hidup dititipkan padanya nafsu
nafsu untuk merasa apa yang mereka perlu dan mahu
bukan semata pada perkara-perkara yang itu
bukan juga pada perkara yang dilihat tindakannya  seakan melulu

tiada yang indah selain berumahtangga
indahnya ibarat berada di dalam taman syorga
dimana penghuninya hanya ada kita berdua
yang lainnya mampu bersuka dan mendoakan sejahtera hendaknya

tiada chinta tiadalah tarikan
tiada tarikan tiadalah perjanjian
tiada perjanjian tiadalah perhubungan
tiada perhubungan tiadalah kemesraan

ikatan suci dimeterai oleh janji
anggaplah janji itu umpama nyawa sendhiri
kalau tidak dijaga nyawa juga melayang pergi
kalau dimunkiri kasihanlah nyawa bertuankan manosia yang hina pekerti

nikah kahwin itu istimewa ganjarannya
sama istimewa dugaan-dugaannya