Tuesday, March 25, 2014

bertabahlah kamu (untuk MH370) . . .

awal perancangan semuanya seindah senyuman
tiada halangan , tiada juga dugaan kekangan
pertengahan jalan ada berbagai kekalutan
ada meneruskan , ada juga membuat pusingan

beratus jawapan untuk satu persoalan
beratus kemungkinan untuk suatu pengembaraan
beratus tomahan untuk perkara yang sangat-sangat ringan
beratus ikhtiar walaupun ada yang lari daripada landasan

pulanglah ''mangsa'' pulanglah ke pangkuan
suami , isteri menunggu penuh kedinginan
ayah , ibu menunggu  dengan kehibaan
anak , kenalan menunggu dengan penuh pengharapan

bertabahlah kamu "mangsa" keadaan
si suami , isteri akan datang meneman
si anak akan mencium kalau ada pertemuan
semua itu pasti berlaku walaupun hanya dalam khayalan

sedih aku ini sedih sebagai manusia
sedih lagi mereka yang menanggung dan terpaksa menerima
doa aku ini doa biasa-biasa
walau ianya biasa , aku yakin ia akan tetap diterima oleh yang maha ESA

segala kemungkinan kita harus menerima dengan tabah
segala yang berlaku adalah ketentuan dari yang ESA
teruskan berdoa walau tiada pautan khabar
teruskan berusha kerna belum kesuntukan masa

Wednesday, May 22, 2013

dua lima . . .

dua lima . . .
akhirnya kau muncul seperti yang tela diduga
muncul dengan tenang seperti berjihad tanpa senjata
tenang dan nyata kerna berserah pada yang esa
nyata kerana sudah dititip suratan awal akhirnya

dua lima . . .
ada sedih ada juga tawanya
ada pedih ada juga sedapnya
ada selisih ada juga fahamnya
ada pergi ada juga datangnya

dua lima . . .
jauh lagi hendak aku berangan
lebih jauh daripada menghala keatas kayangan
harapku dapatlah hendaknya menggapai sebelum lenyap disapa utusan tuhan
kerna aku tahu , aku tidak layak untuk lama menumpang dalam dunia yang penuh dengan penipuan

dua lima . . .
terimakasih pencipta kerna sudi memanjangkan hayat nyawa hamba
terimakasih juga kerna tak jemu mengampunkan dosa dosa dosa hamba
terimakasih lagi kerna memakbulkan permintaan-permintaan hamba
terimakasih , itu sahja yang mampu hamba berkata

dua lima . . .
mohon dikabul semua kiriman manusia lainnya
kerna mereka harapan aku untuk lebih hampir ke pintu syorga
doa kalian akan aku ingat tidak aku lupa
moga kalian dihantar dekat juga ke pintu-pintu syorga

Friday, March 1, 2013

malam ini . . .

malam ini suram sahja semuanya
apa yang di buat rasa kurang sahja semuanya

malam ini tidak seperti malam-malam sebelumnya
malam yang dahulunya ceria tapi berubah sedikit demi sedikit keceriannya

malam ini aku lebih suka menyendiri
kerna takut tindakkan ku lebih kepada menyakiti

malam ini aku masih belajar lagi
belajar mengenai perasaan sesama insani

malam ini aku tersenyum sendhiri
senyumku hanya sekadar senyuman pamujuk hati

malam ini malam ayah yang ke dua ratus lima puluh lapan
harapku keadaannya sangatlah gemerlapan

malam ini hanya malam-malam biasa
yang membeza hanyalah keadaan dan kehidupan kita sahja

aku mohon biar malamku sentiasa bermakna
biar aku dapat merasa titip-titip pinjaman dari yang maha ESA 



Thursday, February 7, 2013

munkin . . .

munkin mulanya ingin berkawan sahja
tapi akhirnya terbuka jua rona-rona manis dan wujudlah ikatan chinta

munkin aku ini tidak semegah lelaki lainnya
tapi jangan dirisau kerna aku punyai cara dan berjuta macam taktik-taktiknya

munkin aku ini selamba sahja peribadinya
tapi jangan dikhuatiri kerna aku ada batas untuk menanganinya

munkin aku ini pelupa tarikh-tarikh istimewa kita
harap maaf bukan sengaja aku memang pelupa

munkin aku ini dilihat mengongkong pada zahirnya
tapi percayalah itu bukan yang aku lakukan selama kita bersama

munkin aku ini banyak menyusahkan hati dan mengusutkan suasana
sekali lagi maaf tiada niat untuk melukakan hati sesiapa

munkin aku ini romanitis orangnya
harap maaf terlebih berangan mengalahkan pasangannya

munkin kau tersenyum tika membaca nukilan ringkas yang bersahaja
aku harap sangat kau tersenyum sampai terlihatkan lesung pipit nan manja

munkin ini sahja yang dapat aku luah buat sementara
munkin lain harinya jika kelapangan adalah luahan adalah merasa
munkin kau tidak perasan bahawa apa yang aku nukilkan ini adalah spontan dan bersahaja

semoga selepas membaca kau akan lebih sayangkan , rindukan aku
kerna aku awal-awal lagi sudah menyayangi , merindui , dan menginginkan mu





Monday, December 31, 2012

awan awan ceria

hari ini tenang sahja keadaan dunia
setenang rasa tiupan angin berkeliaran dari merata
rasanya sangat menusuk melalaikan jiwa
seolah terapung dan bebas untuk berada dimana-mana

begitu juga dengan apa yang sedang aku rasa
ada rasa gembira ada rasa bahagia ada juga merasa chinta
semua rasa ini sudah aku gaulkan sudah jua aku adunkan
tinggal menunggu masa untuk di luahkan untuk disajikan

terlihat ke atas ada ketulan awan awan ceria
awan yang senatiasa membuatkan aku rasa bahagia
sama juga seperti si bunga
sering membuatku terfikir , terpinga , dan  selalu tertawa

mudahan chintaku ini manjadi seperti awan awan ceria
awan yang senatiasa bersama walau ribut dathang melanda
awan yang senatiasa bersama walau kilat menyabut nyawa
awan yang senatiasa bersama walau terpisah waktu malamnya

awan akan terus ceria
aku harap chinta kita juga akan sama seperti ia



Wednesday, December 19, 2012

buatku tersenyum . . .

salam pada semua
salam juga pada si bunga
yang membuka pintu hati di dada
untuk aku menerima dan berchinta semula

tidak disangka pertemuan pertama mengerat bahagia
walau mulanya takut juga untuk memilih untuk berdua bersama
syukur juga karena bunga ikhlas untuk menerima dengan seadanya
itu yang membuatkan aku tersenyum lebar , selebar luasnya dunia

mohonku agar dipanjangkan tempoh hayat bersama
bersama selamanya sementara hidup di dunia
moga alam keduanya di pertemukan jua dengan si bunga
kerna rasa rindhu itu akan membuak seperti di bakar api yang hangat membara

jodoh pertemuan hanya yang esa sahja bisa mengelola
kita sebagai hamba hanya patuh dan terus berdoa sebanyak-banyaknya
moga dikekalkan dengan pasangan untuk terus aman bahagia
moga dimakmurkan kehidupan sehinggalah masing-masing sudahpun tua lalu tiada

terima dan kaseh untuk segalanya
terima dan kaseh untuk semuanya