Thursday, July 14, 2011

kasih tak sampai . . .

dahulunya hitam sahja hari-hariku
tiada sedikit cahaya pun melintas mahupun keluar lalu
aku pasrah mengharunginya satu persatu
sehingga aku berjumpa kau yang sudi dathang memenuh

indah hariku tidak seperti hari-hari yang lalu
alam ini seolah kita yang empunya
tiada apa dapat menghalang antara kau dan aku
hanya maut sahja menjhadi penentu jua dalang tentang segala

kini segala harapanku kau koyakkan satu-persatu
peritnya mengalahkan aku direjam beribu batu
dunia terasa ghelap lampu ditutup satu-persatu
tutup jualah cahaya hati untuk menerimamu menjadi suamiku

saat bahgia itu kau jadikan saat aibku
janji manis itu kau jadikan janji pahitku
senyum tawa itu kau jadikan marah dalam hatiku
kata-katamu itu kau jadikan igauan dalam mimpi-mimpi ngeriku

hendak ku sesal tiada apa dapat aku gumpal
hanya mampu memendam hingga ke dalam
biar tuhan lakukan tindakan sebagai balasan
kerna itu sahja harapan untukku meneruskan kehidupan

muntahan untok yang meminta | harap sabar menerima dugaan yang esa

Friday, July 8, 2011

siapa kau . . .

siapa kau ...
yang sering dathang dan pergi dalam mimpiku
acab kali senyum pabila kita bertemu
aku takut terkadang buntu
janganlah kau coba menghantui ku

siapa kau ...
bertutup selendang hingga ke bahu
sangat asyik haruman di kalbu
kalau aku adalah citarasamu
katan padaku jangan biar aku ragu

jika tidak mahu bersemuka tidak mengapa
aku juga lebih suka kita berjumpa di waktu maya
kerna itu adalah waktu kita
tiada yang lain hanya ada chinta