Friday, February 25, 2011

selamat ulang tahun ...

hari bertukar hari
tahun berganti tahun
donia berputar mengikut paksi
hanya menurut tidak membantah sama sekali

begitu juga karma manosia
saling patuh mengikut resam bumi
kelak gamat jika dilawan takdir ilahi
yang berkuasa lagi maha mengetahui

setiap kelahiran akan diingat hingga mati
kerna itu adalah tanda manosia telah diterima hidup di atas bumi
janganlah disalah guna kelebihan yang diberi
kerna kita tidak pasti ada nyawa untuk kesekian kali

ulang tahun disambut setahun sekali
cukuplah sekadar hanya mengingati
tidak perlu diperbesar tidak perlu dirai
hanya syukur menadah tangan sudah cukup memadai

haruslah bersyukur kerna masih bernyawa lagi
dapat merasa nikmat dan juga bala yang diberi
dapat merubah keadaan jahil yang ada  pada dhiri
bukannya hadiah yang sering mengaburi hati

doaku semoga panjang umur hendaknya
semoga sihat dan limpahan rezki masih diterima
hidup berkat masa hadapan sentiasa bahagia
amalan berubah dari donia ke amalan yang sepatutnya

selamat hari lahir sahabat
semoga hidupmu dilimpahkan berkat
hanya ini yang mampu aku muntahkan
harap di ingat hingga berkekalan

Monday, February 21, 2011

bulan turut tersenyum ...

malam ini aku masih menyendhiri
sendhiri melayan hembusan angin kesepian
tidakku sesal walau tiada yang perasan
Kerna yang lainnya sebok melayan hubungan dan perasaan

aku masih mampu tersenyum bersama sang bulan
kerna aku juga manosia bukannya haiwan
mempunyai nafsu hidup dan juga punyai perasaan
perasaan chinta yang sukar untok aku sendhiri dambarkan

chintaku bukannya untok dicheritakan
biarlah aku saja merima yang baik atau sebaliknya
kerna itu akan membuatkanku belajar daripada pengalaman
pengalaman mengenai chinta , pengorbanan jua keikhlasan

Wednesday, February 9, 2011

rindu untuk bidhadari . . .

semalam aku mimpikan kau bidhadari
terkelu untukku luahkan apa sebenarnya yang terjadi
yang pastiya aku sangat bahagia sekali
bahagia seperti aku diterima masuk ke dunia syurgawi

tetapi hakikatnya kau semakin jauh menyendiri
menjauhkan diri mengelak sesuatu yang aku sendhiri tidak pasti
jangan khuatir kerna aku bukan memaksa diri
akanku terima jika kau hanya menjadi pendamping sehingga subuh bertukar ganti

apa yang penting sudahku luahkan segala kerinduan
tentang rasa rindu yang aku pendam hari berganti bulan
jika aku simpan kelak parah tiada rawatan
bila di luah kuranglah sakit kuranglah beban

chermin itu adalah aku . . .

rasa terkejut bila melihat chermin
terkejut kerana ada bayang yang pantul bermain
tidak perlu gentar tidak perlu fikirkan yang lain
kerna itu adalah diri yang sama muncul dari dimensi lain

bayang-bayang hanyalah watak ghelap
yang berperanan menjadi peganti pabila diri sendiri menchapap
hanya mengikut sahaja kemana jasad menghala
tidak pernah ingkar malah tunduk sahaja mengikut rasa

cherminlah diri sebelum membuat apa
kerna manosia sentiasa silap sentiasa alpa
tidak pernah terima atas kadaq dan kadar yang tertera
hanya tahu menuding dan melepaskan diri sahaja

Thursday, February 3, 2011

chinta mati . . .

egkau menjauh semakin pergi
tinggalkan aku terkontang sendhiri
jasad kau kini ku anggap bersemadi
hanya bayanganmu ku ingat sampai mati

setiap kali aku sendhiri menangisi
setiap itulah kau menjelma untok kembali
kering tangisan berganti hari
harapkan kau tiba untok menemani

chintaku ini chinta mati
padaku kau cukop tidak perlu peganti
sayangnya tuhan lebih mengasihani
akanku pasrah dan menunggumu di pintu syurgawi