Wednesday, January 19, 2011

soalan dan jawaban . . .

ada sesuatu yang inginku tanya
munkin jawapannya akan ku beri bersama
sekadar peringatan kepada semoa
tentang ajaran al ghazali kepada anak muridnya

soalan pertama mudah sahaja bunyinya
bertanya tentang perkara paling dekat dengan kita
bermacam jawapan diberi dengan beria-ria
jawapan sebenar adalah kematian sahaja paling dekat dengan kita
(setiap bernyawa pasti akan mati pada akhirnya)

yang keduanya mengenai perkara yang paling jauh dari kita
ada yang menjawab negeri china , bulan dan ada juga sebaliknya
semua itu betul dan masih diterima
tetapi jawapan yang sebenar adalah masa lalu setiap manosia
(masa lalu tidak pasti dapat diulang dan kerna itu kita harus menjaga
perlakuan harian kita supaya diberkati)

soalan ketiga pula berkaitan benda
yang ditanya apakah benda yang paling tajam di donia
semua jawapan memang tajam rasanya
tetapi semuanya tidak setajam lidah manosia
(lidah manosia boleh melukakan hati yang lainnya
sangat bahaya walaupun lembut sahaja kejadiannya)

ada banyak soalan yang al ghazali tanya
cukup sahaja diberi tiga sebagai pengajaran buat kita
berjagalah selagi ada keupayaan sebagai manosia
kelak rugi tidak diamal kurniaan yang esa

No comments:

Post a Comment