segala puji untuk yang terpuji
yang berkuasa keatas setiap yang terjadi
terjadi sendhiri tidak perlu diragui
kerna dia saja yang kekal dan tidak munkin mati
hari bersulam silih berganti
menukar wajah mengikut peredaran
setiap yang berubah adakalanya menawan
menawan sehingga dibenci syaitan
ubahla dhiri jangan ingat frasa mengalah
itu hanyalah racun si tanduk kepada si lemah
yang tidak mengerti dan mahu berubah
berubah dengan cara tawakal dan berhijrah
kesempatan yang ada usah dipersia
kerna setiap detik sangat mahal pertimbangannya
munkin sekarang kita boleh senyum ketawa
esok lusa akan menjadi duka dan nestapa
No comments:
Post a Comment