Tuesday, December 21, 2010

ayat-ayat chinta . . .

sekali pandang semua pasti teringatkan ceriteranya
tetapi bukan itu yang inginku hembuskan pada semua
yang inginku madahkan adalah tentang chinta semata-mata
tidak kira chinta pada dhiri atau pada sesiapa

awalnya dathang dari sehala pandangan mata
yang jatuh menusuk meracau kedalam jiwa
tiba tertanya siapakah dia si cantik hawa
yang membuatkan jiwa sentiasa bergelora

kalam si tua dari mata jatuh ke hati
dari hati timbulah bait-bait chinta
itulah yang dikatakan chinta sejati
chinta yang berkekalan hingga ke akhir nyawa

chinta juga boleh meracuni
selain menjhadi penawar kepada hati
jangan biarkan chinta memakan dhiri
kelak rugi kasidah berakhir dengan sadis sekali

chinta akan indah pabila adam mengetuai si hawa
sanggup bersama sehati dan sejiwa
walau berpisah bukan itu alasannya
rela untuk hidup bersama buat selamanya
hanya pencipta sahaja pemusnah harapan mereka

chinta yang sebenar hanyalah chinta kepada ilahi
yang mengajar manusia arti kehidupan dan waktu menghadap mati
chinta yang memerlukan penyerahan hamba yang hina lagi tidak terperi
hanya menunggu saat untuk ditanam , disoal , dan dihukum hingga mereka lali

No comments:

Post a Comment