malam ini suasananya sama sahaja
sentiasa tenang membuatkan aku lega
walaupun aman aku tak boleh alpa
kerna bahana sentiasa menjeling dan tertawa
aku tahu aku ada agama
cuma tak pantas untok memahami sedhalamnya
aku tahu aku banyak dosa
akanku coba untuk menutupinya
menyerahla untuk menang
itulah ungkapan yang sering berpinang - pinang
akanku berserah untukku menang
selepas bersatu dengan hidayah yang mendatang
aku berserah pada penchipta
atas segala dugaan dan rancangannya
jika hayatku tidak boleh bernyawa
akanku terima dengan sehibanya
penyerahanku bukan penyerahan biasa
bukan penyerahan chinta aku untuk si dia
bukan juga berserah tunduk pada permainan donia
tapi aku menyerah diri pada qada dan qadarnya
itu saja bakti terahkir yang akan aku lakukan dengan seikhlasnya
harap diterima dari awal hingga akhirnya
No comments:
Post a Comment