aku berbaring sambil mendengar
mendengar alunan asyik yang selalu aku dengar
sambil baring aku muntahkan sahja apa yang sudi untuk keluar
keluar dari hati tanpaku paksa mahupun berkasar
apa yang ku rasa hanyalah sunyi
sunyi kerna tiada siapa yang mahu menemani
yang ada hanyalah bunyi-bunyi alam semulajadi
bunyi yang memecahkan kesunyian yang sering datang dan hinggap menyelubungi
No comments:
Post a Comment