terbuai aku dalam mimpi sendiri
selepas terpejamnya mata kanan dan kiri
selepas mengucap aku mohon untuk bermimpi
bermimpi mengecapi keindahan alam indah alam syurgawi
mulanya ghelap aku takut untuk berdiri
terasa seperti berada dalam kurungan
lalu datangla cahaya mulus menembusi celahan
semakin lama semakin terang perlahan-lahan
alangkah indahnya apa yang sedang aku tatapi
keadaan syurga yang aku sendiri tidak pernah ketahui
tak dapatku luahkan dengan perbuatan mahupun perkataan
hanya mampu taksub terhadap segala ciptaan dan kejadian
belum puas berjalan aku tersentak dek satu teguran
tercelik mata hanya di kamar sahja aku berangan
rupanya sesaat dua sahaja aku dapat merasakan kenikmatan
syukur juga kerna tidak di tarik salur-salur pernafasan
biarlah aku dan syurga menempa rahasia
rahasia yang semua pasti cemburu walaupun ia hanya mimpi singkat sahaja
No comments:
Post a Comment