Monday, July 19, 2010

Kosong...

Kosong....
mengapa perlu kosong
tidakkah boleh di isi dengan penuhnya kekosongan itu
agar di dalamnya berkeadaan baik sahaja
tapi sayang , bagaimana mahu di isi , jika jiwa sendiri yang kosong

kosong....
kadangkala diriku juga merasai bahana kekosongan itu
dimana aku merasakan ada kelonggaran di sekeliling ruang jiwaku
ingin ku penohkan semoanya dengan kegumbiraan
kerna ku takut akan pengulangan kekechewaan

kosong....
membuatkan manosia melayang-layang seketika
melayang seperti tiada pegangan agama
boleh membunuh jiwa kerna tiada penawarnya
itu semua alasan belaka
penawarnya hanya  bertemu yang maha ESA sahaja

kosong....
aku benci mendengar frasa itu
tidak inginku kenang akan jasanya
akanku choba lari jauh darinya
kerana batinku akan menangis setiap masa
ditipu oleh permainan nuraninya

kosong...
kau sungguh kejam
manosia yang terkena jeratmu pasti akan jahanam
sudah-sudahlah , berhentilah
aku pinta kau jauhi aku

8 comments: