Tuesday, July 13, 2010

Gelora Silih Berganti

setiap degupan jantung tak terkira goyahnya
setiap hari berlalu tak kukira silih gantinya
ku celik mentari , ku pejam sang purnama
kadang kala ku berdoa  biarkan sahaja mentari bermaharajalela
agar tidak perlu ku memikirkan masalah seterusnya

hatiku sering menangis walhal luaranku gumbira tak terkata
diriku ibarat badut yang sentiasa menyembunyikan kesedihanya
hatiku kian walang ,yang mana hendak ku bela
kananku jantung si hawa
kiriku jantung si adam

jika ku lebihkan si adam ,si hawa terguris luka
jika ku lebihkan si hawa , si adam memendam sahaja
kalam tuhan , jika ku goreskan si hawa , tidaklah dapatku mencium bau syorga
samalah juga artinya jika ku parahkan hati si adam
nahas juga riwayatku akhirnya

menangis takkan datangkan apa
hanya boleh membunuh jiwa
apa guna aku ada agama
jika tidak berpegang pada NYA
aku mohon petunjuk dan kekuatan
biarlah kekuatanku sekeras gunung , agar dapatku hadapi pancaroba
hadapi dengan senyuman ,semuanya akan baik-baik sahaja

No comments:

Post a Comment