Thursday, February 7, 2013

munkin . . .

munkin mulanya ingin berkawan sahja
tapi akhirnya terbuka jua rona-rona manis dan wujudlah ikatan chinta

munkin aku ini tidak semegah lelaki lainnya
tapi jangan dirisau kerna aku punyai cara dan berjuta macam taktik-taktiknya

munkin aku ini selamba sahja peribadinya
tapi jangan dikhuatiri kerna aku ada batas untuk menanganinya

munkin aku ini pelupa tarikh-tarikh istimewa kita
harap maaf bukan sengaja aku memang pelupa

munkin aku ini dilihat mengongkong pada zahirnya
tapi percayalah itu bukan yang aku lakukan selama kita bersama

munkin aku ini banyak menyusahkan hati dan mengusutkan suasana
sekali lagi maaf tiada niat untuk melukakan hati sesiapa

munkin aku ini romanitis orangnya
harap maaf terlebih berangan mengalahkan pasangannya

munkin kau tersenyum tika membaca nukilan ringkas yang bersahaja
aku harap sangat kau tersenyum sampai terlihatkan lesung pipit nan manja

munkin ini sahja yang dapat aku luah buat sementara
munkin lain harinya jika kelapangan adalah luahan adalah merasa
munkin kau tidak perasan bahawa apa yang aku nukilkan ini adalah spontan dan bersahaja

semoga selepas membaca kau akan lebih sayangkan , rindukan aku
kerna aku awal-awal lagi sudah menyayangi , merindui , dan menginginkan mu





Monday, December 31, 2012

awan awan ceria

hari ini tenang sahja keadaan dunia
setenang rasa tiupan angin berkeliaran dari merata
rasanya sangat menusuk melalaikan jiwa
seolah terapung dan bebas untuk berada dimana-mana

begitu juga dengan apa yang sedang aku rasa
ada rasa gembira ada rasa bahagia ada juga merasa chinta
semua rasa ini sudah aku gaulkan sudah jua aku adunkan
tinggal menunggu masa untuk di luahkan untuk disajikan

terlihat ke atas ada ketulan awan awan ceria
awan yang senatiasa membuatkan aku rasa bahagia
sama juga seperti si bunga
sering membuatku terfikir , terpinga , dan  selalu tertawa

mudahan chintaku ini manjadi seperti awan awan ceria
awan yang senatiasa bersama walau ribut dathang melanda
awan yang senatiasa bersama walau kilat menyabut nyawa
awan yang senatiasa bersama walau terpisah waktu malamnya

awan akan terus ceria
aku harap chinta kita juga akan sama seperti ia



Wednesday, December 19, 2012

buatku tersenyum . . .

salam pada semua
salam juga pada si bunga
yang membuka pintu hati di dada
untuk aku menerima dan berchinta semula

tidak disangka pertemuan pertama mengerat bahagia
walau mulanya takut juga untuk memilih untuk berdua bersama
syukur juga karena bunga ikhlas untuk menerima dengan seadanya
itu yang membuatkan aku tersenyum lebar , selebar luasnya dunia

mohonku agar dipanjangkan tempoh hayat bersama
bersama selamanya sementara hidup di dunia
moga alam keduanya di pertemukan jua dengan si bunga
kerna rasa rindhu itu akan membuak seperti di bakar api yang hangat membara

jodoh pertemuan hanya yang esa sahja bisa mengelola
kita sebagai hamba hanya patuh dan terus berdoa sebanyak-banyaknya
moga dikekalkan dengan pasangan untuk terus aman bahagia
moga dimakmurkan kehidupan sehinggalah masing-masing sudahpun tua lalu tiada

terima dan kaseh untuk segalanya
terima dan kaseh untuk semuanya




Monday, November 26, 2012

terimakasih chinta . . .

luahan pejam . . .

luahan pejam . . .
luahan yang aku baitkan di waktu malam
luahan tentang semua yang aku rasakan ianya mendalam
mendalam kerna aku sendiri yang rasa dan pendam
pendam sendiri yang munkin akan menghilang sendiri dalam diam

luahan pejam . . .
kedua kelopak dikatup erat sambil ku duduk mendiam
bantuan alunan-alunan sayup membuatkan aku seolah terbang daripada berdiam
kutarik nafas penuh asyik seolah khayal dek barangan haram
rupanya baru ku sedar betapa lalainya bila kita berangan sambil memejam

luahan pejam . . .
cuba kau pejam , kau cubalah
pejam dengan ikhlas sambil mendongak keatas
cuba kau fikir , kau fikirlah
apa yang tenang semuanya pemberian ikhlas dari yang teratas






Monday, November 19, 2012

bangsat . . .!!!

hoi bangsat...!!!
mengapa kau menyerang di saat muharram menjelang
bukankah itu antara bulan-bulan yang haram untuk saling berperang
mengapa kau membedil di saat semuanya berhati riang
bukankah itu perbuatan bacul dari seorang yang menganggap dirinya garang

hoi bangsat...!!!
subuh isya' mereka berhidangkan peluru-peluru buas
peluru yang menggantikan makanan makanan pengalas
kau bedilkan peluru seperti meludah kahak  dari atas
ludahan bongkak yang bisa membangkitkan kebencian yang mendidih panas

hoi bangsat...!!!
sudah sudahlah dengan segala yang dibedil
jangan kau lupa bahawa pencipta sentiasa ada untuk dathang dan mengadil
tunggulah balasan berganda yang akan membuat kau terseksa , perit dan menggigil
aku bermohon sangat dikabulkan doa agar diturunkan semula serangan berapi sang ababil


Saturday, October 13, 2012

bunga . . .

awal pertemuan tuhan yang tentukan
dari mana dathangnya cerita , biar kita sembunyi dan merahsiakan
yang penting sama sedar sama perasan
terimakasih juga kerna percaya dan ikhlas untuk membenarkan

riang dan bijaksana adalah kekuatan namanya
sangat kena pada diri dan penampilan si empunya
harap ku engkau kekalkan perwatakan hingga ke kuning senja
aku yakin kau kuat untuk meneroka segala pancaroba dunia

manis raut semanis gula melaka
bezanya cuma tidak di kerumuni si semut jingga tua
manis raut biarlah sampai  ke hari tua
biar sejuk dipandang tak jemu dek kelipan dua mata

berhentinya aku memuji si kuntum bunga
bukannya berhenti tanda aku tiada idea
harapnya diterima dengan perasaan suka bahgia
akan aku sambung bila ruang dan masa sudi lagi untuk terus bekerjasama