Saturday, October 13, 2012

bunga . . .

awal pertemuan tuhan yang tentukan
dari mana dathangnya cerita , biar kita sembunyi dan merahsiakan
yang penting sama sedar sama perasan
terimakasih juga kerna percaya dan ikhlas untuk membenarkan

riang dan bijaksana adalah kekuatan namanya
sangat kena pada diri dan penampilan si empunya
harap ku engkau kekalkan perwatakan hingga ke kuning senja
aku yakin kau kuat untuk meneroka segala pancaroba dunia

manis raut semanis gula melaka
bezanya cuma tidak di kerumuni si semut jingga tua
manis raut biarlah sampai  ke hari tua
biar sejuk dipandang tak jemu dek kelipan dua mata

berhentinya aku memuji si kuntum bunga
bukannya berhenti tanda aku tiada idea
harapnya diterima dengan perasaan suka bahgia
akan aku sambung bila ruang dan masa sudi lagi untuk terus bekerjasama







2 comments:

  1. aku pasti bunga bahagia saat membaca
    kerana ini bukan muntahanmu semata-mata.... ini tentang rasa dari jiwa..
    kan?

    did0akan hanya yang terbaek ",)

    akuFARA?

    ReplyDelete
  2. permintaan tuan badan .. hanya cuba untuk meluahkan
    haahahha trimass

    ReplyDelete