aku adalah kejadhian donia
yang mana kosong dan suci untok pertamanya
tapi semakin terisi semakin hina pula jadinya
munkin aku lupa dari mana wujudnya aku pada asalnya
kini aku masih mencari dan terus mencari
siapa dan apakah gunanya aku berada dalam mukabumi ini
yang penting aku hanyalah menumpang sementara menunggu mati
selebihnya hanya menjadhi pelakon dalam pentas donia fana ini
aku bukan maha tentang semua
aku hanya menuruti kehendak yang esa
kerna dialah istemewa dialah maha mengenai semua
aku bersyukur kerna masih berada dalam keredaannya
kadang aku menangis sendhiri
memikirkan hukuman untuk akhirat nanti
aku pinta janganlah diseksa tubuh hina ini
akanku taubat kerna engkau maha mengampuni
pinpinlah aku kejalan yang suci
jalan yang ramai manosia buta kerna tunduk pada duniawi
biarlah aku dipandang hina semasa aku bernafas lagi
kerna aku mahu mulia untok kehidupan yang satu lagi
No comments:
Post a Comment